Course Registration Privacy Notice

RS Virtual Edge Solution (“RSVE”) menghormati privasi anda dan komited untuk mengurus maklumat peribadi yang diberikan melalui laman web dan proses pendaftaran kursus secara bertanggungjawab.

1. Maklumat yang kami kumpulkan

Apabila anda mendaftar untuk program atau bengkel RSVE, kami mungkin mengumpulkan maklumat seperti nama penuh, alamat e-mel, nombor WhatsApp/telefon, pekerjaan atau peranan, organisasi, maklumat berkaitan persediaan kursus dan maklum balas yang diberikan melalui borang pendaftaran.

2. Tujuan maklumat digunakan

Maklumat tersebut digunakan bagi tujuan pengurusan pendaftaran, komunikasi berkaitan program, pengesahan pembayaran, penyediaan akses kelas, pengurusan kehadiran, pengeluaran Student ID atau sijil jika berkenaan, serta urusan pentadbiran dan sokongan peserta.

Maklumat mengenai tugasan, penggunaan ChatGPT atau persediaan peserta boleh digunakan untuk membantu trainer menyesuaikan aktiviti pembelajaran dan sokongan semasa bengkel.

3. Pembayaran

Pembayaran kursus boleh diproses melalui penyedia pembayaran pihak ketiga seperti Billplz. Maklumat transaksi dan status pembayaran yang diperlukan untuk mengesahkan pendaftaran boleh diterima dan direkodkan oleh RSVE. Maklumat pembayaran tertentu turut tertakluk kepada polisi privasi dan keselamatan penyedia pembayaran yang digunakan.

4. Perkongsian maklumat

RSVE tidak menjual maklumat peribadi peserta.

Maklumat hanya boleh dikongsi dengan penyedia perkhidmatan yang diperlukan bagi mengurus pendaftaran, pembayaran, komunikasi, penyampaian program atau keperluan undang-undang yang berkaitan.

5. Keselamatan dan penyimpanan data

Langkah yang munasabah akan diambil untuk melindungi maklumat peribadi daripada akses, kehilangan, penggunaan atau pendedahan tanpa kebenaran.

Maklumat akan disimpan hanya selama diperlukan untuk tujuan pengurusan program, rekod operasi dan keperluan berkaitan yang munasabah.

6. Ketepatan maklumat

Peserta bertanggungjawab memastikan maklumat yang diberikan semasa pendaftaran adalah tepat dan terkini.

7. Hak dan pertanyaan

Sekiranya anda ingin membuat pertanyaan berkaitan maklumat peribadi yang telah diberikan, atau ingin memohon pembetulan maklumat, sila hubungi:

RS Virtual Edge Solution
E-mel: hello@rsvirtualedge.com

8. Perubahan kepada Privacy Notice

RSVE boleh mengemas kini Privacy Notice ini dari semasa ke semasa bagi mencerminkan perubahan kepada proses, perkhidmatan atau keperluan operasi.

Tarikh kemas kini terakhir: September 2026

Scroll to Top